Friday, December 18, 2009

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN IMTIHAN QABUL MAHASISWA/WI BARU


Bismillahirrahmanirrahim…Makluman kepada semua mahasiswa/wi baru , pihak Universiti Al-Azhar telah mengumumkan senarai keputusan peperiksaan imtihan qabul. Tahniah buat semua para mahasiswa\wi Perak diatas kejayaan antum sekalian memasuki Universiti Al-Azhar.

Keputusan peperiksaan tersebut dibahagikan kepada 3 :

1) Najah - Lulus dan layak memasuki Universiti Al-Azhar tanpa syarat

2) Daurah Saifiyyah - Lulus dan layak memasuki Universiti Al-Azhar dengan syarat perlu mengikuti kursus

bahasa yang disediakan oleh Al-Azhar semasa musim cuti semester.

3) Rasib - Gagal.


Semua mahasiswi Perak dan sebahagian mahasiswa telah lulus dengan cemerlang tanpa sebarang syarat

( Najah). Berikut adalah senarai nama mahasiswa perak yang lulus dengan syarat ( Daurah Saifiyyah )

1. Mohamad Zakiyuddin bin Abd Aziz ( Usuluddin, Tanta)

2. Mohd Amirul Adli bin Othman (Usuluddin, Zaqaziq)

3. Muhamad Ariff bin Khushairi (Syariah, Damanhor)

4. Muammad Hasanul Hibri bin Safuan ( Lughah, Zaqaziq)

Pihak KPIPM mengucapkan tahniah buat semua mahasiswa/wi. Tidak dilupakan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada BP Pendidikan PMRAM, Us Mohd Yazid bin Pardi yang telah berusaha bertungkus lumus merancang program pendidikan bagi memastikan kejayaan kita semua.

# Maklumat kursus bahasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

# Diharapkan kepada semua mahasiswa/wi baru dapat menyiapkan borang zakat dengan seberapa segera yang

mungkin.