Friday, August 14, 2009

MAKLUMAN TERKINI TENTANG PILIHANRAYA KPIPM

(sila klik untuk besarkan)


MAKLUMAN

Pihak AJK khas Pilihanraya telah memutuskan bagi menerima

Mohamad Husairi Bin Mohamed Wildan
Nombor keahlian KPIPM : 1653


untuk bertanding bagi calon Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM sesi 2009/2010 setelah dipertimbangkan.

Segala kesulitan harap dimaafkan


PENTING!!!

AHLI JAWATANKUASA PILIHANRAYA KPIPM 2008/2009 AKAN MENGADAKAN MAJLIS PENGENALAN CALON AHLI JAWATANKUASA TADBIR DAN AHLI JAWATANKUASA HEWI KPIPM SESI 2009/2010.

MAJLIS TERSEBUT AKAN DIADAKAN:

TARIKH : 16 OGOS 2009 (AHAD)
MASA : 9.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN SHEIKH SYA’RAWI


SELURUH AHLI KPIPM DIJEMPUT HADIR UNTUK MENGENALI BAKAL PIMPINAN YANG AKAN MENERAJUI BAHTERA KPIPM BAGI SESI 2009/2010.


ETIKA KEMPEN

Kempen bermula selepas pengenalan calon (17.8.2009)

1. Setiap kempen tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti mana-mana calon yang bertanding

2. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang logo atau lambang mana-mana parti politik yang dikenali di Malaysia .

3. Dilarang membeli undi dengan membuat apa-apa sogokan material.

4. Tidak dibenarkan menggunakan mana-mana pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan Mesir.

5. Tidak dibenarkan menimbulkan isu yang boleh menimbulkan perpecahan dikalangan mahasiswa dan mahasiswi.

6. Hanya mahasiswa sahaja yang dibenarkan berkempen bagi setiap calon Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT)

7. Ahli KPIPM yang ingin berkempen secara berkelompok dan menampal poster, cogankata dan sepanduk ditempat perkumpulan mestilah mendapat kebenaran AJK KHAS PILIHANRAYA

8. Menjaga tatasusila semasa berkempen.

9. Mestilah mematuhi sebarang ketetapan yang telah dan akan ditetapkan oleh AJK KHAS PILIHANRAYA.

10. Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak AJK KHAS PILIHANRAYA adalah muktamad.

11. Pihak AJK KHAS PILIHANRAYA KPIPM berhak mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang yang telah di tetapkan.

12. Tempat berkempen hanya dibenarkan di sekitar Wisma Darul Ridzuan.

13. Waktu mula berkempen pada 17/08/09 iaitu selepas penamaan calon sehingga hari pengundian.

14. Bagi melicinkan perjalanan pilihanraya, sebarang permasalahan mestilah merujuk kepada pihak AJK KHAS PILIHANRAYA KPIPM.


DISEDIAKAN OLEH:
AJK KHAS PILIHANRAYA
KPIPM 2008/2009